ad
BERITA UTAMA

Sedia banyak pilihan, perluas ruang niaga promosi produk tempatan

25 Okt 2022, 8:25 AM
Sedia banyak pilihan, perluas ruang niaga promosi produk tempatan

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KLANG, 25 OKT: Penyedia fasiliti perniagaan di Selangor disaran menyediakan lebih banyak ruang dan peluang untuk membantu usahawan tempatan mempromosikan produk masing-masing.

EXCO pembangunan usahawan berkata negeri banyak menghasilkan produk berkualiti yang boleh diketengahkan termasuk makanan dan minuman, tekstil, komestik dan kraf tangan.

“Kita lihat di Selangor banyak produk tempatan yang berkualiti dan ada tarafnya tersendiri jadi sudah sampai masanya diseimbangkan promosinya supaya masyarakat ada lebih banyak pilihan.

“Semua jenis perniagaan kita galakkan tetapi cuba seimbangkan supaya ada pilihan kepada masyarakat tempatan dan pihak luar terhadap produk tempatan ini,” kata Rodziah Ismail.

Bercakap ketika melancarkan Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang di sini hari ini, beliau berkata ramai pelancong luar juga mahu mendapatkan produk tempatan ketika berkunjung ke sesuatu tempat.

“Jika kita melancong ke luar negara, sudah pasti kita akan tuju ke tempat yang ada kraf tangan berkaitan negara berkenaan, jadi sudah pasti tempat seperti itu perlu ada di Selangor,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.