ad
AGENDA

Khutbah Jumaat: Pilih pemimpin amanah, tolak salah guna kuasa

21 Okt 2022, 7:34 AM
Khutbah Jumaat: Pilih pemimpin amanah, tolak salah guna kuasa

SHAH ALAM, 21 OKT: Setiap pemimpin perlu memiliki sifat amanah, jujur dan ikhlas selaras ajaran Islam untuk membimbing masyarakat dan negara ke arah kebaikan.

Memetik khutbah Jumaat bertajuk Pemimpin dan Negara, pemimpin yang khianat, menipu dan menyalahgunakan kuasa akan dibenci rakyat serta dikutuk Allah SWT.

"Pemimpin yang khianat, menipu dan menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan diri pasti akan dibenci oleh rakyat dan dikutuk oleh Allah SWT kerana boleh menjahanamkan negara.

"Rosaknya pemimpin maka rosaklah negara ibarat kata pujangga jika keruh air di hulu, maka keruhlah ia di hilir," menurut khutbah tersebut.

Teks diterbitkan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor turut mengingatkan umat Islam supaya menjauhi amalan tidak bermoral dan berpegang pada prinsip nilai etika sejagat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.