ad
AGENSI

MBI bela nasib pesara tentera tiada pencen, hulur sumbangan RM300

20 Okt 2022, 8:25 AM
MBI bela nasib pesara tentera tiada pencen, hulur sumbangan RM300

BANTING, 20 OKT: Seramai 39 ahli Pertubuhan Tentera Tidak Berpencen Selangor menerima sumbangan RM300 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI hari ini.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata sumbangan sebagai tanda ingatan dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada mereka yang pernah menyumbang jasa kepada negara.

"Sumbangan wang tunai ini bermakna nasib mereka tidak dipandang sepi Kerajaan Selangor dan diharap bantuan memberi kelegaan kepada bekas tentera ini.

"Penerima adalah dalam kalangan orang kurang mampu," kata Ahmad Azri Zainal Nor pada majlis penyerahan sumbangan itu di pejabat penyelaras Parlimen Kuala Langat di sini.

Sementara itu, penyelaras Parlimen Kuala Langat Mohd Afiq Mohd Tuniman merakam ucapan terima kasih kepada MBI kerana membela nasib ahli pertubuhan itu.

Menurut beliau sumbangan sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada penerima yang rata-ratanya merupakan penduduk Kuala Langat.

"Kami hormati perjuangan pesara tentera dan bantuan ini salah satu cara kami hormati titik peluh mereka dahulu dan akan sedaya upaya bantu golongan ini," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.