ad
AGENDA

EXCO: Projek pendalaman, kukuh tebing Sungai Klang mula 1 November

19 Okt 2022, 10:00 AM
EXCO: Projek pendalaman, kukuh tebing Sungai Klang mula 1 November
EXCO: Projek pendalaman, kukuh tebing Sungai Klang mula 1 November

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 19 OKT: Projek pendalaman dan pengukuhan tebing Sungai Klang bermula 1 November bagi mengatasi masalah banjir di Selangor serta Lembah Klang.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim berkata pendalaman kira-kira dua hingga tiga meter dilaksanakan di kawasan sensitif dan cetek terlebih dulu seperti Kota Kemuning, Sri Muda dan Sungai Kandis.

“Mengikut kajian teknikal terhadap kawasan rentas sungai dan cetek ini perlu pendalaman segera bagi mengurangkan risiko banjir dan pada masa sama mengalirkan air dengan lebih cepat dan lancar.

“Jadi kita akan mulakan di kawasan itu terlebih dulu diikuti kawasan lain yang dijangka akan selesai dalam tempoh setahun,” katanya hari ini.

[caption id="attachment_545201" align="aligncenter" width="699"] EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim bergambar bersama selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan peralatan menghadapi bencana banjir kepada pihak berkusa tempatan dan pejabat daerah dan tanah ketika Majlis Kami Prihatin Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 19 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis penyerahan kelengkapan operasi tangani banjir sumbangan Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd kepada pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai persediaan menghadapi risiko bah hujung tahun ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga sudah berbincang dengan Tenaga Nasional Berhad bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan berisiko tinggi banjir tidak terganggu.

“Perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga diadakan bagi memastikan bekalan elektrik mencukupi termasuk penjana kuasa mudah alih disediakan di menara telekomunikasi supaya pemancar dapat berfungsi dengan baik ketika banjir,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.