ad
PBT

Lebih 20 aktiviti menanti penduduk sempena ulang tahun MBSJ

19 Okt 2022, 8:34 AM
Lebih 20 aktiviti menanti penduduk sempena ulang tahun MBSJ
Lebih 20 aktiviti menanti penduduk sempena ulang tahun MBSJ
Lebih 20 aktiviti menanti penduduk sempena ulang tahun MBSJ

SHAH ALAM, 19 OKT: Terdapat lebih 20 aktiviti disediakan kepada penduduk pada Karnival Bandar Raya Subang Jaya pada hujung minggu ini.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkata program selama dua hari itu bersempena ulang tahun keduanya diiktiraf sebagai majlis bandaraya.

Antara aktiviti pada Sabtu ialah larian komuniti, persembahan seni bela diri, pemeriksaan kesihatan, pameran serta pertandingan karom, dart, sukan rakyat, e-sukan, bola sepak dan pelbagai lagi.

Pada Ahad pula diadakan pameran dan jualan barangan antik, festival makanan, kejohanan bola sepak, larian, pertandingan berbasikal melukis, mewarna dan doodle dan banyak lagi.

"Pelbagai program menarik menanti komuniti dan penduduk serta pemegang taruh. Terdapat juga pelbagai inisiatif istimewa yang ditawarkan sempena sambutan pada kali ini.

"Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Karnival Subang Jaya ini," menurut poster di Facebook.

Untuk keterangan lanjut boleh dilayari media sosial rasmi atau laman sesawang MBSJ di https://www.mbsj.gov.my/ms/node/2127

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.