ad
PBT

Lebih 500 penduduk sertai aktiviti berbasikal, jalan kaki di Bangi

19 Okt 2022, 6:11 AM
Lebih 500 penduduk sertai aktiviti berbasikal, jalan kaki di Bangi

SHAH ALAM, 19 OKT: Lebih 500 penduduk menyertai aktiviti berbasikal dan jalan kaki sempena Program Bandar Baru Bangi Pagi Tanpa Kenderaan Ahad lalu.

Program anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Taman Tasik Cempaka melibatkan jarak sejauh 3.5 kilometer (km) bagi jalan kaki dan berbasikal (20km).

"Turut berlangsung program Half Marathon MPKj 2022 bagi larian sejauh 21km, 10km dan 5km melibatkan pelepasan seawal pukul 6 pagi," tulisnya di Facebook.

Aktiviti lain yang turut diadakan seperti senamrobik, pertandingan 'urban picnic', pameran pelbagai agensi, pertandingan mewarna, gerai jualan dan banyak lagi.

Majlis dirasmikan Yang Dipertua MPKj Najmuddin Jemain disertai wakil rakyat Sungai Ramal Mazwan Johar dan Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.