ad
AGENDA

Elak ambil dadah ketika tertekan, dapatkan nasihat kaunselor Sehat

19 Okt 2022, 3:33 AM
Elak ambil dadah ketika tertekan, dapatkan nasihat kaunselor Sehat

SHAH ALAM, 19 OKT: Individu mengalami tekanan dan kemurungan cenderung mengambil dadah sebagai jalan penyelesaian sementara walaupun bahan itu memudaratkan.

EXCO kesihatan awam menyarankan golongan itu mengawal perasaan dan berkongsi masalah dengan kaunselor bertauliah menerusi talian Selangor Mental Sihat (Sehat).

"Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan.

"Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan," tulis Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook.

Kaunselor Sehat boleh dihubungi menerusi talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat.

Mereka yang mengalami situasi sukar itu juga disaran menonton video pendek di Facebook

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.