ad
AGENDA

MB rasmi kolam rangoli di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri

19 Okt 2022, 3:18 AM
MB rasmi kolam rangoli di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 19 OKT: Dato' Menteri Besar hari ini merasmikan hiasan lantai tradisional rangoli atau kolam di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena sambutan Deepavali.

Dato' Seri Amirudin Shari kemudian menyalakan lilin pada hiasan berbentuk bunga teratai yang diperbuat daripada beras berwarna-warni di pintu masuk bangunan Kerajaan Negeri itu.

Amirudin yang tiba jam 9 pagi tadi diiringi EXCO Perumahan Rodziah Ismail dan Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor.

Kolam rangoli sinonim dengan perayaan Deepavali yang mana penganutnya akan menghiasi kediaman masing-masing sebagai tanda kesejahteraan kepada setiap isi rumah tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.