ad
AGENDA

Hujan lebat, angin kencang diramal landa Lembah Klang hingga 2 petang

18 Okt 2022, 3:00 AM
Hujan lebat, angin kencang diramal landa Lembah Klang hingga 2 petang

SHAH ALAM, 18 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Lembah Klang hingga 2 petang.

Agensi tersebut meramalkan cuaca tersebut melanda Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.