ad
AGENDA

1,210 kes baharu, enam kematian akibat Covid-19

18 Okt 2022, 12:39 AM
1,210 kes baharu, enam kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 18 OKT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini menurun kepada 1,210 kes semalam berbanding 1,712 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara adalah 4,868,402 kes dengan 23,070 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 22,002 kes menjalani kuarantin di rumah, 1,002 kes dirawat di hospital dan 43 kes di unit rawatan rapi (ICU), namun tiada pesakit dimasukkan ke pusat kuarantin sementara.

Data menunjukkan enam kematian dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban di negara ini akibat pandemik sebanyak 36,423 orang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.