ad
AGENDA

Ekonomi negeri lebih baik selepas era Azmin, hasil kerja berpasukan

16 Okt 2022, 3:36 PM
Ekonomi negeri lebih baik selepas era Azmin, hasil kerja berpasukan
Ekonomi negeri lebih baik selepas era Azmin, hasil kerja berpasukan

SHAH ALAM, 16 OKT: Prestasi ekonomi Selangor lebih baik selepas 2018 hasil kerja berpasukan seluruh pemimpin negeri, kata Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Menjawab tohmahan negeri merosot, beliau berkata negeri pimpinannya turut menyumbang 24.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021 berbanding 23.2 pada 2017.

“Sejak beliau meninggalkan Selangor, prestasi ekonomi Selangor meningkat baik, sumbangan KDNK kepada Malaysia meningkat, program kebajikan kepada rakyat juga bertambah,” katanya di Twitter hari ini, menjawab tuduhan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dilantik selepas Mohamed Azmin meletak jawatan pada 2018, Amirudin turut menegaskan Selangor turut menjadi negeri tertinggi menyumbang KDNK sektor pembuatan negara iaitu sebanyak 32 peratus.

“Selangor makmur bukan hasil kejayaan seorang individu sahaja tapi usaha berpasukan,” jelasnya.

Mengulas ringkas berita sebuah portal, beliau melampirkan graf peningkatan KDNK Selangor kepada 23.7 peratus pada 2018, 24.2 peratus (2019) dan 24.3 (2020).

“(Graf peningkatan) ini makna merosot bagi beliau (Azmin),” kata Amirudin lagi dengan nada sinis.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.