ad
AGENDA

Amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah

16 Okt 2022, 5:16 AM
Amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di seluruh Perlis dan sebahagian Kedah hari ini hingga esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 11.45 pagi tadi, kawasan di Kedah melibatkan sekitar Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.