ad
PBT

MPAJ rangkul enam anugerah inovasi khidmat awam Selangor

15 Okt 2022, 7:51 AM
MPAJ rangkul enam anugerah inovasi khidmat awam Selangor

SHAH ALAM, 15 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkul enam anugerah menerusi Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) dan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS).

Pengiktirafan itu ialah juara kategori Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan), johan kategori Inovasi Sosial (Penciptaan) dan tempat ketiga kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan), maklumnya menerusi kenyataan.

MPAJ juga mendapat pengiktirafan video terbaik keseluruhan, naib johan II bagi AINS 2022 selain Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPAJ Rosliza Mohd diangkat sebagai tokoh inovasi Selangor 2022.

Anugerah diterima pada majlis penutup Ekspo Penyelidikan, Pembangunan & Inovasi Negeri Selangor Tahun (SRIE) bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada 9 Oktober lalu.

Menerusi pengiktirafan yang disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Haris Kasim, MPAJ berjaya membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM44,000.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.