ad
AGENDA

Dapatkan nasihat pakar, elak cederakan diri sendiri ketika tertekan

15 Okt 2022, 4:40 AM
Dapatkan nasihat pakar, elak cederakan diri sendiri ketika tertekan
Dapatkan nasihat pakar, elak cederakan diri sendiri ketika tertekan

SHAH ALAM, 15 OKT: Mereka yang mengalami perasaan sukar atau dihambat kenangan menyakitkan cenderung untuk mencederakan diri sendiri bagi melepaskan tekanan.

EXCO kesihatan awam bagaimanapun menyarankan individu terbabit menghubungi talian Selangor Mental Sihat (Sehat) untuk berkongsi masalah dengan kaunselor bertauliah.

"Jangan ambil mudah. Kongsi perasaan anda kepada kaunselor bertauliah. Kami sedia mendengar," tulis Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook.

Kaunselor Sehat boleh dihubungi menerusi talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat.

Mereka yang mengalami situasi sukar itu juga disaran menonton video pendek di TikTok

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.