ad
AGENDA

Remaja lelaki lemas selepas selamatkan rakan

14 Okt 2022, 12:20 PM
Remaja lelaki lemas selepas selamatkan rakan

KUALA LUMPUR, 14 OKT: Seorang remaja lelaki maut selepas berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas ketika mandi di Air Terjun Serendah dekat sini, hari ini.

Mangsa, K Rajeshwaran, 19, ditemukan anggota bomba dan penyelamat menggunakan kaedah selaman dasar pada 2.55 petang tadi selepas dipercayai tenggelam di dasar air terjun itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.20 tengah hari daripada rakan mangsa sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kira-kira 40 minit kemudian.

Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa dan dua rakannya yang berasal dari Bestari Jaya dekat sini mandi di air terjun berkenaan sebelum seorang daripada mereka hampir lemas.

"Mangsa kemudian cuba menyelamatkan rakannya dan berjaya berbuat demikian, namun nasib tidak menyebelahinya apabila dia tenggelam ke dasar air terjun itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya ketika kejadian, terdapat arus deras susulan hujan lebat.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.