ad
AGENSI

Usahawan perlu modal niaga disaran mohon pembiayaan Hijrah secara dalam talian

13 Okt 2022, 3:42 AM
Usahawan perlu modal niaga disaran mohon pembiayaan Hijrah secara dalam talian
Usahawan perlu modal niaga disaran mohon pembiayaan Hijrah secara dalam talian

SHAH ALAM 13, OKT: Usahawan yang memerlukan modal perniagaan boleh memohon pelbagai skim pembiayaan daripada Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) secara dalam talian.

Agensi itu memaklumkan pembiayaan skim i-Bisnes, Zero To Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro atau i-Bermusim boleh dilakukan menerusi pautan mikrokredit.selangor.gov.my

Pemohon juga boleh mengimbas kod QR di Facebook Hijrah Selangor untuk tujuan memohon dan menyemak baki pembiayaan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pembiayaan, usahawan boleh melayari pautan www.hijrahselangor.com atau hubungi 20 Cawangan Hijrah berhampiran.

[caption id="attachment_539370" align="aligncenter" width="723"] Tiga usahawan baharu Zero To Hero menerima alatan menjahit daripada syarikat peneraju selain ditawarkan pembiayaan perniagaan RM10,000 daripada Hijrah di Pejabat Cawangan Hijrah Puchong, di Subang Jaya Pada 2 September 2022 . Foto Facebook Hijrah Selangor[/caption]

Sejak Januari hingga Julai, seramai 4,500 usahawan menerima pembiayaan RM70 juta daripada Hijrah bagi memula dan mengembangkan perniagaan membabitkan semua skim pembiayaan yang ditawarkan.

Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 pada 26 November lalu mengumumkan beberapa penambahbaikan skim pembiayaan Hijrah.

Dato’ Seri Amirudin Shari antaranya mengumumkan dana RM120 juta untuk memberikan pembiayaan kepada usahawan selain mewujudkan skim baharu yang menyediakan pinjaman sehingga RM100,000 bagi mengembangkan perniagaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.