ad
AGENDA

Gergasi Merah tumpaskan Sarawak United 1-0, kemenangan hatrik Cheng Hoe bersama Selangor FC

12 Okt 2022, 12:00 AM
Gergasi Merah tumpaskan Sarawak United 1-0, kemenangan hatrik Cheng Hoe bersama Selangor FC

SHAH ALAM, 12 OKT: Pasukan Selangor FC meneruskan momentum cemerlang bawah kendalian Tan Cheng Hoe apabila menumpaskan Sarawak United FC 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri Sarawak di Kuching, Sarawak semalam.

Gol sulung dihasilkan Hein Htet Aung menerusi sepakan lambung menewaskan penjaga gawang Sarawak United Aquila Abdul Rahman pada minit ke-71 selepas menerima hantaran menarik Alexander Agyarkwa.

Tuan rumah cuba bangkit memburu gol penyamaan dengan beberapa gerakan, namun kedudukan 1-0 memihak Selangor kekal hingga tamat permainan, lapor Berita Harian.

Kejayaan Selangor FC malam tadi menjadi kemenangan hatrik Cheng Hoe bersama Selangor FC yang sebelum ini menumpaskan Melaka United FC (5-0) dan PJ City FC (1-0).

Bekas pengendali pasukan kebangsaan itu dilantik ketua jurulatih Gergasi Merah pada 24 September bergandingan dengan bekas pemain kebangsaan K Sanbagamaran sebagai penasihat teknikal.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.