ad
ADN

Lebih 300 penduduk DUN Jeram terima bantuan RM3,600 setahun

11 Okt 2022, 2:06 PM
Lebih 300 penduduk DUN Jeram terima bantuan RM3,600 setahun
Lebih 300 penduduk DUN Jeram terima bantuan RM3,600 setahun

KUALA SELANGOR, 11 OKT: Seramai 348 keluarga berpendapatan rendah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram menerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) berjumlah RM3,600 setahun.

Penyelarasnya Nagmudin Hussain berkata daripada jumlah berkenaan 300 penerima sudah mendapat manfaat secara bulanan berjumlah RM300.

“Baki 48 lagi masih dikenal pasti kerana proses kelulusan agak ketat. Kita mahu keluarga benar-besar susah sahaja terima kerana mencecah 1,000 permohonan.

[caption id="attachment_543946" align="alignright" width="500"] Penyelaras DUN Jeram Nagmudin Hussain ketika ditemui Media Selangor sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Jeram di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields, Kuala Selangor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Ketua kampung memainkan peranan meninjau ke rumah pemohon. Kita juga utamakan keluarga yang mempunyai tanggungan orang kelainan upaya (OKU),” katanya.

Beliau ditemui di Jelajah Ehsan Rakyat di Dewan MDKS Desa Coalfield hari ini.

Bingkas merupakan sebahagian daripada 44 insentif Iltizam Selangor Penyayang yang dilancarkan pada akhir Jun bakal memanfaatkan 30,000 keluarga membabitkan peruntukan RM108 juta.

Pada 1 Ogos, EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim memaklumkan bayaran Bingkas diagihkan menerusi e-dompet Wavpay bagi memudahkan penerima berbelanja.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.