ad
AGENSI

LZS bantu wanita OKU, anak sakit buah pinggang 

11 Okt 2022, 3:29 AM
LZS bantu wanita OKU, anak sakit buah pinggang 

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SHAH ALAM, 11 OKT: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dan anaknya, penghidap sakit buah pinggang menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi tersebut memaklumkan bantuan berkaitan disalurkan susulan aduan orang awam mengenai keadaan keluarga berkenaan yang tinggal di Kampung Batu 12, Puchong.

"Ibu menghidap sakit kronik darah tinggi dan kencing manis sehingga menyebabkan kakinya dipotong manakala satu-satunya anak yang menjaganya pula sakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis air di rumah.

"Kami mendoakan agar ibu dan anaknya dipermudah segala urusan dan dikurniakan kekuatan atas ujian ini," kata agensi itu di Facebook.

Selain itu, LZ turut menziarahi golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kariah Masjid Al-Istiqamah, Kampung Seri Langkas Tambahan, Puchong.

Pada 5 Oktober LZS memaklumkan pihaknya membiayai rawatan dialisis 2,253 pesakit buah pinggang di pusat perubatan swasta sepanjang tahun ini.

Agensi tersebut berkata jumlah melibatkan pesakit yang menjalani dialisis tiga kali seminggu di 132 pusat rawatan bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa berada pada tahap baik.

Jumlah tersebut tidak termasuk pesakit yang drawat di hospital kerajaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.