ad
AGENSI

Ban pecah akibatkan pekan Tanjong Karang dinaiki air

11 Okt 2022, 3:14 AM
Ban pecah akibatkan pekan Tanjong Karang dinaiki air

SHAH ALAM, 11 OKT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kejadian ban pecah di dua lokasi sekitar Tanjong Karang sekitar 7 pagi tadi.

Pengarahnya berkata lokasi terjejas ialah Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh, yang menyebabkan limpahan air naik ke jalan raya dan kawasan benteng, lapor Berita Harian.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat ban pecah susulan kerja-kerja menaik taraf benteng. Pada masa sama, paras air di sekitar lokasi pada kedalaman antara 0.3 hingga 0.9 meter," kata Norazam Khamis.

Bagaimanapun, katanya, tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini dan pihaknya akan memantau keadaan itu daripada semasa ke semasa bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku.

Sebelum ini, tular di Facebook gambar dan video yang memaparkan situasi limpahan air di dua lokasi sekitar Tanjong Karang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.