ad
PBT

Air pasang besar: MPKL tidak benar sebarang aktiviti air, rekreasi di pantai

10 Okt 2022, 10:03 AM
Air pasang besar: MPKL tidak benar sebarang aktiviti air, rekreasi di pantai
Air pasang besar: MPKL tidak benar sebarang aktiviti air, rekreasi di pantai

SHAH ALAM, 10 OKT: Kawasan Pantai Morib, Pantai Kelanang, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang dan Jeti Tanjung Sepat ditutup hingga Rabu ini berikutan fenomena air pasang besar.

Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menasihatkan orang ramai agar tidak memasuki kawasan pantai sepanjang tempoh berkenaan atas faktor keselamatan.

Sebarang aktiviti air dan rekreasi serta berniaga di pantai juga tidak dibenarkan.

"Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amat diharapkan bagi menjamin keselamatan bersama," menurut MPKL di Facebook.

Untuk pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi MPKL melalui talian 03-31872825 atau melalui aplikasi whatsapp 012-3004891 / 012-3004256.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.