ad
AGENSI

LZS lulus bantuan perubatan wanita mualaf hidap barah

10 Okt 2022, 9:17 AM
LZS lulus bantuan perubatan wanita mualaf hidap barah

SHAH ALAM, 10 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meluluskan bantuan perubatan kepada seorang wanita mualaf yang menghidap barah tulang.

Agensi di Facebook berkata bantuan itu bagi keperluan lampin pakai buang dan kerusi roda elektrik bagi kemudahan pergerakan harian asnaf terbabit.

"Susulan daripada laporan kesihatan yang dipanjangkan, pihak Zakat Selangor daerah Hulu Langat menziarahi Vijayal bagi mengikuti perkembangan tahap kesihatannya.

"Semoga Vijayal sentiasa tabah menghadapi ujian yang mendatang dan terus istiqamah dengan syahadah yang dilafazkan," tulisnya.

Kaki kiri wanita berkenaan yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) terpaksa dipotong dua tahun lalu dan kini kaki kanannya pula membengkak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.