ad
AGENDA

Amaran hujan lebat, ribut petir di empat negeri - MetMalaysia

10 Okt 2022, 9:08 AM
Amaran hujan lebat, ribut petir di empat negeri - MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di berlaku di empat negeri sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri yang terlibat adalah Kedah membabitkan kawasan Kubang Pasu dan Padang Terap.

Di Kelantan pula merangkumi kawasan Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Sementara itu di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.