ad
AGENDA

Tidak abai isu kesihatan mental, negeri sedia bantuan pakar percuma

10 Okt 2022, 5:00 AM
Tidak abai isu kesihatan mental, negeri sedia bantuan pakar percuma
Tidak abai isu kesihatan mental, negeri sedia bantuan pakar percuma

SHAH ALAM, 10 OKT: Kehidupan pascapandemik Covid-19 ditambah pula kekalutan ekonomi global memberi cabaran besar kepada kesihatan mental individu, menurut Dato' Menteri Besar.

Justeru, Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri tidak mengabaikan masalah itu dengan menyediakan bantuan kaunselor secara percuma menerusi inisiatif talian Selangor Mental Sihat (Sehat).

"Bantuan disediakan bagi memberi sokongan secara tidak langsung. Isu kesihatan mental tidak wajar dipandang ringan.

"Masyarakat sejahtera memerlukan asas kesihatan mental yang kuat supaya dapat maju ke hadapan. Inilah antara fokus utama Kerajaan Negeri membangunkan negeri," katanya di Facebook.

Inisiatif Sehat dalam aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) merupakan usaha terbaru Kerajaan Negeri untuk membantu warga Selangor menangani isu kesihatan mental.

Kaunselor Sehat boleh dihubungi di talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.