ad
AGENDA

Fikir negatif, tiada tumpuan tanda awal individu perlu hubungi pakar

10 Okt 2022, 2:47 AM
Fikir negatif, tiada tumpuan tanda awal individu perlu hubungi pakar
Fikir negatif, tiada tumpuan tanda awal individu perlu hubungi pakar

SHAH ALAM, 10 OKT: Apabila seseorang sering berfikiran negatif dan tiada tumpuan pada kerja, ia menunjukkan tanda awal mereka berdepan masalah kesihatan mental, menurut EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata golongan tersebut diminta tidak menyembunyikan masalah masing-masing sebaliknya dapatkan kaunselor bertauliah dengan menghubungi talian Selangor Mental Sihat (Sehat).

"Kerajaan Negeri telah memulakan pelbagai inisiatif sejak tahun lalu bagi mengutamakan agenda kesedaran kesihatan mental.

"Inisiatif Sehat dalam aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) merupakan usaha terbaru Kerajaan Negeri untuk membantu warga Selangor menangani isu kesihatan mental," katanya di Facebook.

Kaunselor Sehat boleh dihubungi di talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.