ad
AGENDA

MB seru perbanyak selawat, ambil panduan dari sunnah Nabi Muhammad

9 Okt 2022, 4:03 AM
MB seru perbanyak selawat, ambil panduan dari sunnah Nabi Muhammad

SHAH ALAM, 9 OKT: Dato' Menteri Besar menyeru umat Islam memperbanyak selawat sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata umat Islam perlu mengambil panduan menerusi sunnah Nabi Muhammad dalam kehidupan seharian.

"Maulidur Rasul merupakan detik bersejarah kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Kelahiran yang membawa cahaya ke serata dunia.

"Marilah kita sentiasa berselawat dan mengambil panduan menerusi sunnah Baginda dalam kehidupan seharian," katanya menerusi Facebook.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.