ad
AGENDA

Lebuhraya KL-Karak ditutup 2 jam pada 13 Oktober, beri laluan Le Tour de Langkawi

8 Okt 2022, 10:16 AM
Lebuhraya KL-Karak ditutup 2 jam pada 13 Oktober, beri laluan Le Tour de Langkawi

KUALA LUMPUR, 8 OKT: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuantan akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara sukan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022, dari 1.45 tengah hari hingga 4 petang pada 13 Oktober ini.

Anih Berhad dalam kenyataan memaklumkan penutupan selama 2 jam 15 minit itu, bermula di susur masuk Gombak ke lebuhraya berkenaan.

Orang ramai juga diingatkan agar merancang perjalanan bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya, menurut kenyataan Anih Berhad.

LtdL 2022 akan berlangsung dari 11 hingga 18 Oktober, dengan Peringkat 3 dari Putrajaya ke Genting Highlands berlangsung pada 13 Oktober ini. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.