ad
AGENDA

Covid-19: 1,788 kes baharu, tiga pesakit meninggal dunia

8 Okt 2022, 2:59 AM
Covid-19: 1,788 kes baharu, tiga pesakit meninggal dunia

SHAH ALAM, 8 OKT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam menurun sedikit kepada 1,788 berbanding 1,794 kes pada Khamis.

Menurut data CovidNow Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu hanya enam kes import direkodkan dan perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,851,896 kes.

Manakala sebanyak tiga kematian dicatatkan dengan jumlah kumulatif ketika ini 36,394.

Kes keseluruhan sembuh meningkat kepada 4,791,625 apabila sebanyak 1,509 direkod semalam untuk kategori berkenaan.

Setakat semalam, terdapat sebanyak 23,877 kes aktif dengan 95.7 peratus (22,859 kes) menjalani kuarantin di rumah, 4.1 peratus (980 kes) dirawat di hospital manakala 0.2 peratus (38 kes) di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.