ad
AGENDA

Penerima baucar RM100 boleh tebus barangan asas di 16 cawangan Mydin

8 Okt 2022, 2:30 AM
Penerima baucar RM100 boleh tebus barangan asas di 16 cawangan Mydin
Penerima baucar RM100 boleh tebus barangan asas di 16 cawangan Mydin

SHAH ALAM, 8 OKT: Penerima Baucar Halal Selangor bernilai RM100 boleh menebus barangan dapur secara percuma di 16 cawangan Mydin seluruh negeri ini.

Menerusi perkongsian info grafik di Facebook Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, barangan tersebut termasuk minyak masak, tepung gandum dan gula.

"Alhamdulillah, penerima Baucar Halal Selangor bernilai RM100 disantuni lagi oleh pihak Mydin yang sudi memberi barangan dapur percuma dengan menebus di 16 cawangan MYDIN Malaysia sekitar Selangor.

"Mudahan dapat membantu meringankan kos sara hidup," katanya.

Pada Julai lalu, Amirudin berkata seramai 2,800 penduduk kurang berkemampuan di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal menerima baucar halal bernilai RM100 bermula September.

Menurut beliau inisiatif negeri menerusi Baucar Halal Selangor membantu golongan itu mendapatkan keperluan asas di empat premis terpilih.

Premis itu meliputi Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah), Mydin, Azzainmart Peneraju Kedai Halal dan 99 Speed Mart dengan hanya satu transaksi dibenarkan.

Amirudin berkata agihan baucar itu juga bagi menyokong dan mempromosi produk halal tempatan selain menggalakkan lebih ramai usahawan mendaftarkan produk mereka bagi pensijilan halal.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.