ad
PBT

Pejabat bergerak MBSA di Plaza Masalam Sabtu ini

4 Okt 2022, 4:02 AM
Pejabat bergerak MBSA di Plaza Masalam Sabtu ini

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SHAH ALAM, 4 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pejabat bergerak di Plaza Masalam, Seksyen 9 di sini pada Sabtu ini.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awam MBSA perkhidmatan berkata Shah Alam On Wheels (SAOW) itu bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Kemudahan perkhidmatan disediakan termasuk semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja dan jualan buku pelan setara.

“Melalui perkhidmatan ini, pihak MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Perkhidmatan SAOW adalah platform disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.