ad
ADN

ADN agih 100 pek makanan asas, ringan beban penduduk susah

4 Okt 2022, 1:52 AM
ADN agih 100 pek makanan asas, ringan beban penduduk susah

SHAH ALAM, 4 OKT: Sebanyak 100 pek bakul makanan diserahkan kepada penduduk berpendapatan rendah (B40) di pangsapuri Nuri Court, Pandan Indah baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandan Indah Ir Izham Hashim berkata usaha pusat khidmat masyarakat itu bagi meringankan beban penduduk akibat suasana ekonomi tidak menentu.

"Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, harga barang yang tidak terkawal serta peningkatan inflasi tentunya ramai warga Pandan Indah yang terkesan dengan situasi ketika ini.

"Jika tiada usaha tuntas menangani situasi ini, pastinya rakyat akan ditimpa musibah ekonomi yang menjurus kepada pelbagai lagi masalah lain," katanya di Facebook.

Ir Izham berkata bantuan lain juga akan disalurkan dalam tempoh terdekat antaranya Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dan Jelajah Ehsan Rakyat (JER).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.