ad
AGENDA

Bomba tangkap harimau kumbang di halaman rumah dekat Taman Pelangi Semenyih

30 Sep 2022, 2:12 PM
Bomba tangkap harimau kumbang di halaman rumah dekat Taman Pelangi Semenyih

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berjaya menangkap seekor harimau kumbang di pekarangan sebuah rumah di Taman Pelangi Semenyih, Selangor hari ini.

Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.32 petang dan memasang jaring khas untuk menangkap haiwan itu.

"Anggota Jabatan Perhilitan telah menembak ubat pelali pada harimau itu sebelum dimasukkan ke dalam sangkar khas,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Norazam berkata operasi tersebut tamat kira-kira 7.10 malam dan harimau kumbang itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.