ad
AGENDA

Pelajar kolej putus cinta maut jatuh dari pangsapuri

28 Sep 2022, 8:05 AM
Pelajar kolej putus cinta maut jatuh dari pangsapuri

SHAH ALAM, 28 SEPT: Seorang pelajar kolej wanita maut akibat terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang, petang semalam.

Mangsa berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian susulan cedera parah di kepala dan patah tangan serta kaki, lapor Harian Metro.

Menurut ketua polis daerah Ampang Jaya, mangsa yang tinggal bersama ibu dan tiga beradiknya di sebuah unit di situ dipercayai berdepan masalah putus cinta.

"Pada hari kejadian, dia disyaki naik ke tingkat enam pangsapuri sama sebelum terjun melalui balkoni. Mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang di bawah bangunan," kata Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Ampang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.