ad
AGENDA

Belanja RM1 juta laksana kursus kemahiran belia OKU, tingkat peluang kerja

27 Sep 2022, 12:30 PM
Belanja RM1 juta laksana kursus kemahiran belia OKU, tingkat peluang kerja

SHAH ALAM, 27 SEPT:  Kerajaan Negeri memperuntukan RM1 juta bagi menjayakan program Pusat Sokongan Kehidupan Berdikari (ILCS) kepada golongan Anak Istimewa Selangor (Anis).

Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) berkata program dikhususkan kepada peserta berusia 17 hingga 22 tahun itu bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan kepada golongan tersebut.

“Pendaftaran telah dibuka dan boleh dilakukan menerusi  https://www.anisselangor.com/sediakerja. Mereka yang layak akan menerima panggilan untuk temu duga.

“Pemohon  mesti berumur 17 hingga 22 tahun, mempunyai masalah pembelajaran, mampu mengurus diri, mengusai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ibu, bapa dan penjaga pemohon juga mestilah pengundi di Selangor," kata Gan Pei Nei pada sidang media program ILCS di Hotel De Palma di sini, hari ini.

Beliau berkata kursus yang ditawarkan adalah bidang jahitan, bakeri, pengurusan pejabat, teknologi digital dan kecerdasan buatan.

"Mereka akan menjalani orientasi selama seminggu. Peserta yang berjaya akan menyambung kursus kemahiran selama tiga bulan atau hingga enam bulan mengikut kursus dipilih,” katanya.

Pada 16 Ogos, EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata Selangor akan mewujudkan ILSC di setiap daerah bagi memberi latihan dan kemahiran kepada orang kelainan upaya (OKU).

Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bagi mengenal pasti lokasi penubuhan pusat terbabit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.