ad
AGENSI

LZS taja 12 anak asnaf sambung belajar di Mesir, Jordan

27 Sep 2022, 2:21 AM
LZS taja 12 anak asnaf sambung belajar di Mesir, Jordan

SHAH ALAM, 27 SEPT: Seramai 12 anak asnaf yang terdiri daripada miskin dan fisabilillah ditaja menyambung pengajian ke universiti di Mesir dan Jordan.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata pegawainya dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengiring tiga pelajar ke Mesir dan sembilan lagi ke Jordan Ahad lalu.

"Alhamdulillah, terima kasih juga buat pengeluar zakat di LZS.

"Asbab dari pengeluaran zakat 2.5 peratus, bukan sahaja kita dapat membantu keperluan asas makan minum, malah dapat menawarkan dermasiswa zakat buat pelajar dari kalangan keluarga asnaf," katanya di Facebook.

Turut mengiringi pelepasan pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Ketua Jabatan Pengurusan Pendidikannya Norhirman Muhamat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.