ad
AGENDA

Jangan hukum diri, hubungi kaunselor Sehat untuk nasihat

26 Sep 2022, 3:20 AM
Jangan hukum diri, hubungi kaunselor Sehat untuk nasihat
Jangan hukum diri, hubungi kaunselor Sehat untuk nasihat

SHAH ALAM, 26 SEPT: Individu yang berdepan tekanan dinasihatkan sentiasa berlapang dada dan memberikan ruang untuk terus disayangi serta dihargai.

EXCO kesihatan awam berkata mereka juga perlu yakin setiap ujian dan kesilapan memiliki hikmah serta ruang untuk diperbaiki selain tidak membandingkan diri dengan orang lain.

Dr Siti Mariah Mahmud menjelaskan mereka perlu menyayangi diri dengan mengetahui kemampuan dan had serta membuat perancangan dengan menulis apa yang diinginkan.

"Jika perlukan seseorang untuk mendengar dan mendapatkan nasihat, hubungi kaunselor Sehat, tulisnya di Facebook.

Kaunselor Sehat boleh dihubungi di talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.