ad
AGENSI

Permaisuri Selangor lancar jualan amal kumpul dana bantu kanak-kanak OKU akal

25 Sep 2022, 10:42 AM
Permaisuri Selangor lancar jualan amal kumpul dana bantu kanak-kanak OKU akal

SHAH ALAM, 25 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan melancarkan Jualan Amal Makanan dan Pesta Ria anjuran Persatuan Untuk Orang Kelainan Upaya Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan (SAMH) semalam.

Menurut Selangor Royal Office menerusi Facebook, jualan dihadiri Tengku Permaisuri Norashikin berlangsung di Sekolah Khas SAMH, Klang.

"Pesta jualan makanan ini dianjurkan bagi meraih dana berjumlah RM200,000 untuk keperluan kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) Akal di bawah kendalian SAMH dan fasiliti sekolah berkenaan," maklum kenyataan itu.

Dalam majlis sama, Baginda yang juga Penaung Diraja SAMH turut berkenan menerima cek cura sumbangan beberapa syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi pihak SAMH.

Antara penyumbang ialah Gas Malaysia Berhad, CIMB Bank dan Maybank.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.