ad
AGENDA

Saring pemikiran negatif, hubungi talian Sehat untuk kaunseling

24 Sep 2022, 5:47 AM
Saring pemikiran negatif, hubungi talian Sehat untuk kaunseling
Saring pemikiran negatif, hubungi talian Sehat untuk kaunseling

SHAH ALAM, 24 SEPT: Tidak dinafikan perkara negatif mudah terlintas dalam fikiran seseorang berada dalam tekanan yang kemudian menjurus kepada tindakan yang lebih buruk.

Justeru itu, EXCO kesihatan awam menyeru individu terbabit menyaring pemikiran seumpama itu selain mendapatkan pakar menerusi talian Selangor Mental Sihat (Sehat).

Menurut Dr Siti Mariah Mahmud, terdapat tiga kaedah mengendalikan pemikiran negatif antaranya elak mencipta perkara negatif dan cipta perkara positif untuk diri sendiri.

"Jangan serap hal-hal yang berlaku di sekeliling terutama yang tiada kena mengena dengan diri sendiri.

"Jika perlukan seseorang untuk mendengar dan mendapatkan nasihat, hubungi kaunselor Sehat," tulisnya di Facebook.

Kaunselor Sehat boleh dihubungi di talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.