ad
BUDAYA

Di Kuala Besut

23 Sep 2022, 11:50 PM
Di Kuala Besut

///////

langit:

dalam bahasa melayu ada bermacam jenis kata seerti untuk “bawa.”

tak pernah lagi kita dikurniakan sebegini rupa makna tanggungan;

tak pernah lagi kita diuji sebegini rupa maksud bebanan.

langit mungkin mengenali kita sebagai orang yang

tangannya sentiasa memegang-junjung sesuatu.

///////

bumi:

pijak kaki lebih kenal maksud “tahan”

berbanding “akar” atau “rumah.”

jejak tualang menjadi pulang bila

cukup masa, waktu, ketika.

tapak aku tak pasti mana satu mana;

tak pasti juga mana datang dulu.

injak pergerakan bukti kita kenal beza

balai ketibaan & keberangkatan.

///////

laut:

untung batu tenggelam;

untung sabut timbul

—tapi aku orang.

antara lemas & hanyut

—aku cuba berenang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.