ad
AGENSI

Team Selangor bersihkan kawasan Pantai Remis, kutip 100kg sampah

22 Sep 2022, 3:00 AM
Team Selangor bersihkan kawasan Pantai Remis, kutip 100kg sampah

SHAH ALAM, 22 SEPT: Sebanyak 100 kilogram (kg) sampah berjaya dikutip di sekitar Pantai Remis oleh peserta Konvoi Merdeka sempena sambutan Hari Malaysia pada 18 September lalu.

Ketua Sekretariat Team Selangor Syahaizel Keman dalam kenyataan berkata sampah yang dikutip meliputi plastik, tin aluminium dan botal air turut diasingkan untuk proses kitar semula.

Tambah beliau, program pemuliharaan alam sekitar yang mendapat kerjasama pelbagai pihak itu turut disertai Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli.

"Menurut YB Juwairiya program ini bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dan mengeratkan hubungan kekeluargaan malah menyuntik kesedaran diri untuk memelihara kebersihan alam sekitar," katanya.

Pada 3 Oktober tahun lalu pasukan sukarelawan itu mula mengadakan program gotong-royong kutipan sampah sebagai langkah menyedarkan masyarakat kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.