ad
AGENDA

2,111 kes baharu, enam kematian akibat Covid-19

22 Sep 2022, 12:07 AM
2,111 kes baharu, enam kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 22 SEPT: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,111 kes semalam selepas lima hari berturut-turut negara mencatat kes bawah paras 2,000.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara sebanyak 4,823,975 kes, dengan 25,327 daripadanya kes aktif .

Setakat semalam, 24,169 kes menjalani kuarantin kendiri,1,101 kes dirawat di hospital dan 57 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Selain itu, kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara pula sebanyak 63.3 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 15.5 peratus.

Setakat semalam,enam kematian dilaporkan termasuk satu kes di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban akibat pandemik sebanyak 36,330 kes.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.