ad
BERITA UTAMA

200 individu hadir ke bacaan Yasin, tahlil arwah bapa MB

21 Sep 2022, 2:47 PM
200 individu hadir ke bacaan Yasin, tahlil arwah bapa MB
200 individu hadir ke bacaan Yasin, tahlil arwah bapa MB

SHAH ALAM, 21 SEPT: Dato’ Menteri Besar mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena genap setahun Almarhum bapanya, Shari Mokhsin meninggal dunia hari ini.

Kira-kira 200 individu hadir ke majlis di kediaman rasmi Dato’ Seri Amirudin Shari yang dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya.

Antara tetamu yang hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Hadir sama EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

[caption id="attachment_541134" align="alignnone" width="800"] Majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena setahun pemergian bapa Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di kediaman rasmi Menteri Besar, Shah Alam pada 21 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Turut kelihatan beberapa wakil rakyat antaranya Ahli Dewan Negeri Taman Templer Mohd Sany Hamzan dan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (Taman Medan).

Almarhum Shari kembali ke rahmatullah disebabkan komplikasi pernafasan kira-kira 5.30 petang pada 21 September tahun lalu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan jam 10.40 pagi keesokan harinya di tanah perkuburan Islam Kampung Parit Asam Kumbang, Benut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.