ad
AGENDA

Air Selangor agih 200 kotak makanan asas sempena ulang tahun ketiga

21 Sep 2022, 4:00 AM
Air Selangor agih 200 kotak makanan asas sempena ulang tahun ketiga

SHAH ALAM, 21 SEPT: Kira-kira 200 keluarga di Pangsapuri Rimba Jaya di sini menerima bantuan barangan makanan asas daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sempena ulang tahun ketiga agensi itu, semalam.

Menurut Air Selangor, usaha murni itu dilakukan bagi berkongsi kegembiraan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara.

“Kira-kira 200 keluarga B40 menerima bantuan barangan makanan asas terdiri daripada beras, minyak, gula, barangan kering dan tepung, melalui inisiatif Box of Hope,” katanya di Facebook.

Selain itu, Air Selangor turut mengagihkan sumbangan peranti digital ke pusat komuniti pangsapuri berkenaan menerusi inisiatif Memperkasakan Pembelajaran Dalam Talian.

Air Selangor menjadi pemegang lesen tunggal perkhidmatan air di negeri ini mulai 13 September 2019 selepas berjaya memuktamadkan pengambilalihan daripada beberapa syarikat konsesi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.