ad
AGENDA

Covid-19: Jangkitan harian kekal bawah paras 2,000 kes, tujuh kematian

21 Sep 2022, 12:33 AM
Covid-19: Jangkitan harian kekal bawah paras 2,000 kes, tujuh kematian

SHAH ALAM, 21 SEPT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini kekal bawah paras 2,000 kes dengan 1,667 kes dicatatkan semalam.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, negara merekodkan 1,307 kes pada 19 September, 1,639 kes (18 September), 1,572 kes (17 September) dan  1,977 kes (16 September)

Pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara sebanyak 4,821,864 kes dengan 24,715 daripadanya kes aktif .

Setakat semalam,  23,577 kes menjalani kuarantin kendiri,1,079 kes dirawat di hospital, 57 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes di pusat kuarantin sementara.

Selain itu, kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara pula sebanyak 63 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 16.1peratus.

Setakat semalam, tujuh kematian dilaporkan termasuk dua kes di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban akibat pandemik sebanyak 36,324 kes.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.