ad
ADN

Ribuan warga Kota Damansara dapat kupon beli barangan asas murah

20 Sep 2022, 6:10 AM
Ribuan warga Kota Damansara dapat kupon beli barangan asas murah
Ribuan warga Kota Damansara dapat kupon beli barangan asas murah

PETALING JAYA, 20 SEPT: Hampir RM5,000 diagihkan dalam bentuk kupon kepada warga Kota Damansara bagi membeli barangan asas menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat.

Wakil rakyatnya Shatiri Mansor berkata inisiatif RM3 setiap satu yang dilaksana sejak minggu lalu meringankan beban lebih 1,500 penduduk membeli ayam, beras, ikan dan telur.

“Sejak minggu lalu, program diadakan di enam lokasi dengan lebih 1,500 penduduk dapat manfaat.

“Ayam dan telur mendapat permintaan tinggi tetapi kita terpaksa hadkan pembelian. Kita harap had ini dinaikkan kerana kebanyakan pembeli merupakan golongan berpendapatan rendah,” katanya.

[caption id="attachment_540894" align="aligncenter" width="703"] Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat di Jalan Nova U5/M, Kota Damansara, Petaling Jaya pada 20 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Jualan sama turut diadakan serentak di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Sungai Air Tawar, Taman Arowawana Perdana Sungai Burong, Pekan Pasir Panjang dan Dewan Orang Ramai Kampung Seri Tiram Jaya Kuala Selangor.

Program mulai 9 pagi juga berlangsung di Flat Taman Nirwana Pandan Indah Flat Permai Ria Teratai, Surau Al-Mansuriah Semenyih dan Dewan Dato' Hormat Kampung Seri Cheding, Kuala Langat.

Inisiatif jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dilancar sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri dengan peruntukan RM10 juta.

Bermula 6 September, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.