ad
AGENDA

Selangor rancang bina pusat e-sukan terbesar di Asia Tenggara tahun depan

19 Sep 2022, 7:30 AM
Selangor rancang bina pusat e-sukan terbesar di Asia Tenggara tahun depan

SHAH ALAM, 19 SEPT: Perancangan bagi membina pusat pembangunan e-sukan terbesar di Asia Tenggara di negeri ini dijangka bermula tahun depan.

EXCO pembangunan generasi muda berkata pembinaan pusat itu sepatutnya bermula tahun ini, namun tidak dapat dilaksanankan berikutan beberapa isu yang perlu diselesaikan.

"Antara perkara tersebut ialah status tanah, bagaimanapun kita sedang uruskan dan dijangka mula dibangunkan pada tahun depan.

"Pusat ini bukan seperti fasiliti sukan yang hanya untuk sukan semata-mata tetapi dilengkapi dengan penginapan dan latihan simulasi," kata Mohd Khairuddin Othman kepada SelangorKini.

Pusat pembangunan e-sukan terbesar di Asia Tenggara yang bakal dibina di negeri ini dengan kos lebih RM10 juta merupakan hasil gabungan kewangan swasta dan Kerajaan Negeri.

Pusat yang dilengkapi akademi latihan, penginapan, studio dan tenaga pengajar itu akan menggunakan bangunan bekas Hotel Carlton di Seksyen 13 yang diubah suai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.