ad
AGENSI

Maritim tahan bot pancing tiada lesen di perairan Selangor

19 Sep 2022, 4:28 AM
Maritim tahan bot pancing tiada lesen di perairan Selangor

SHAH ALAM, 19 SEPT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor menahan sebuah bot pancing yang beroperasi tanpa lesen di perairan negeri ini semalam.

Pengarahnya Kapten V Siva Kumar berkata penahanan dalam 'Op Ehsan' dan 'Op Benteng Laut' dibuat pada kedudukan 4.7 batu nautika barat daya Kuala Selangor pada jam 2.30 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati, bot pancing dikendalikan lima kru termasuk tekong warga tempatan berusia antara 40 hingga 57 tahun.

"Bot, tekong dan kru dibawa ke Jeti Polis Marin Pelabuhan Klang Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) kerana beroperasi tanpa lesen bot yang sah dan tekong tiada sijil perakuan kompeten membawa bot daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.