ad
BUDAYA

Catatan penyokong yang sengaja ditinggalkan di luar mahkamah

18 Sep 2022, 2:55 PM
Catatan penyokong yang sengaja ditinggalkan di luar mahkamah

aku tinggal di bilik sempit

sewanya menelan separuh gaji

azab, tapi hidup adalah perjuangan

hari ini aku ke istana besar

di bawah panas mentari

berteriak “bebaskan YB ku!”

kasihan dia difitnah menyamun duit negara

sebak dadaku ketika dia

melambai dari tingkap Vellfirenya

sambil menyandar di kerusi empuk

dan berlalu pergi, kubisik,

‘YB, esok saya datang lagi!’

 

Abdullah Hussaini

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.