ad
AGENDA

Wisma Putra sahkan penuntut Malaysia di Universiti Al Azhar ditahan pihak berkuasa Mesir

18 Sep 2022, 2:00 PM
Wisma Putra sahkan penuntut Malaysia di Universiti Al Azhar ditahan pihak berkuasa Mesir

PUTRAJAYA, 18 SEPT: Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) mengesahkan seorang mahasiswa Universiti Al Azhar warganegara Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.

Wisma Putra menerusi kenyataan malam ini memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Mesir untuk mendapatkan makumat lanjut mengenai kes itu.

Wisma Putra akan terus memantau perkembangan kes itu menerusi kedutaannya dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mahasiswa berkenaan. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.