ad
AGENDA

Menteri: 4,500 individu ikrar derma organ menerusi MySejahtera

14 Sep 2022, 3:41 AM
Menteri: 4,500 individu ikrar derma organ menerusi MySejahtera
Menteri: 4,500 individu ikrar derma organ menerusi MySejahtera

SHAH ALAM, 14 SEPT: Seramai 4,500 pengikrar penderma organ direkodkan berdaftar menerusi aplikasi MySejahtera sejak dilancarkan minggu lalu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi Twitter berkata jumlah pengikrar tersebut adalah setakat 3 petang pada Selasa.

"4,500 ikrar penderma organ sejak kami lancarkan ciri ini di @my_sejahtera. Tolong sebarkan. Jadilah pengikrar penderma organ hari ini. Selamatkan lebih banyak nyawa," katanya hari ini.

Pada 6 September, Khairy memaklumkan pendaftaran sebagai pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata ia susulan kadar pendermaan organ di negara ini sangat rendah apabila Malaysia tergolong antara 10 negara yang mempunyai kadar transplantasi terendah di dunia bagi 2021.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.